Death Stranding Mempamerkan Karakter Baru Lakonan Troy Baker Dalam Trailer Terbaru

Trailer terbaru Death Stranding memperkenalkan sebuah karakter baru dilakonkan oleh pelakon suara game terkenal, Troy Baker dalam satu persidangan khas atas pentas di Tokyo Game Show 2018.

Pelakon suara Joel dari The Last of Us dan Booker DeWitt dari BioShock Infinite, Troy Baker membawa watak digelar sebagai “The Man in The Golden Mask” dalam Death Stranding. Baker pernah bekerjasama dengan Hideo Kojima dan memainkan watak Ocelot dalam Metal Gear Solid 5: Phantom Pain.

Korang boleh lihat lelaki bertopengkan emas beraksi di bawah:

Di samping itu, Kojima Productions juga mendedahkan beberapa concept art untuk karakter baru dilakonkan oleh Tommie Earl Jenkins dan karakter lain pernah diumumkan sebelum ini yang mana dibawakan oleh pelakon Hollywood popular seperti Norman Reedus, Mads Mikkelsen, Lea Seydoux, pengarah Guillermo Del Toro dan ramai lagi.

Korang boleh usya gambar-gambar concept art Death Stranding di bawah:

Trailer lepas Death Stranding menunjukkan protagonis utama bernama Sam, dimainkan oleh Norman Reedus menghadapi pelbagai cabaran sambil mengendong bayi dalam sebuah bekas, menuju ke satu destinasi yang tidak pasti.

Hampir kesemua intipati seperti nama karakter, plot dan juga gameplay dalam Death Stranding masih lagi dirahsiakan oleh pencipta game ini, Hideo Kojima.

Setakat ini, Death Stranding tiada tarikh pengumuman rasmi dan akan dikeluarkan khas untuk PS4.

RELATED NEWS

+