Demo The Last of Us Part II Menunjukkan Ellie Lebih Lincah, Lawan Zombi Baru & Musuh Pintar

Selepas pendedahan tarikh pelancaran, Naughty Dog berkongsi lebih lanjut mengenai demo The Last of Us Part II yang menunjukkan peningkatan mendadak berbeza dengan The Last of Us pertama sempena Outbreak Day.

Seperti mana korang tahu, korang akan bermain sebagai Ellie untuk game kedua ini dan demo ini mengambil tempat sehari selepas trailer E3 2018 yang menonjolkan Ellie dan kawan baiknya, Dina menari dan bermesra. Dalam demo ini, kita dapat lihat rutin harian Ellie yang bertugas sebagai penjaga kawasan bersama Dina untuk elakkan zombi (Infected), ancaman bahaya dari manusia dan orang terselamat.

Demo yang berdurasi 2 hingga 3 jam ini menunjukkan tempat Ellie dan Joel telah menetap di bandar Jackson. Berikut adalah lima perkara baru yang kita ketahui dalam demo terbaru The Last of Us Part II.

Ellie lebih ligat

Lompat dan lari

Dalam The Last of Us, Ellie hanya boleh dimainkan dalam jangka masa pendek dan dari situ, kita boleh lihat Ellie ini sangat lincah dari segi pergerakan berbanding Joel.

Kelincahan Ellie ini membolehkan pemain untuk melompat ke tempat lebih tinggi dan memperbanyakkan cabaran teka-teki berlandaskan persekitaran. Selain persekitaran luas, Ellie juga mengelak serangan musuh, merangkak dan masuk ke ruang-ruang sempit untuk lari dari pandangan musuh.

Grafik tampil realistik

Selepas Uncharted 4: A Thief’s End, Naughty Dog sekali lagi menampilkan grafik yang lebih realistik. Dengan peningkatan teknologi zaman sekarang, efek-efek alam semulajadi boleh dihasilkan semula dalam game seperti efek jejak salji ditinggalkan kuda, kawasan tempat tinggal diliputi salji dan kesan ribut salji.

Zombi baru dan anjing memburu lagi menakutkan

Lagi menakutkan daripada Bloater

Terdapat pelbagai jenis zombi baru yang pemain akan berhadapan seperti Shambler dan Stalker. Shambler bertindak sebagai ‘tank’ dan boleh mengambil banyak serangan dan mengejar Ellie sambil meninggalkan gas hakisan. 

Pengarah The Last of Us Part II, Neil Druckmann berkongsi pemain juga bakal ada perlawanan bos mini dalam game. Antara yang ditonjolkan adalah Stalker, satu kelas zombi baru campuran Runner bergerak laju dan Clicker buta tetapi memburu manusia segar menggunakan deria pendengaran. Stalker boleh lari, sembunyi, ambil masa untuk serang kita.

Ellie juga bakal berhadapan dengan puak manusia baru digelar sebagai WLF yang mempunyai anjing yang boleh mengesan pemain melalui deria bau tinggi lalu menyukarkan pemain untuk bergerak secara senyap.

Sistem kraf dipertingkatkan

Pecahan skil mengikut gaya dalam Marvel’s Spider-Man

Buat pertama kali, pemain boleh belajar kebolehan yang dipecahkan kepada beberapa bahagian yang mana korang boleh ubahsuai mengikut citarasa pemain sendiri. Seperti biasa, pemain masih perlu mengumpul bekalan (supplements) untuk membuka kebolehan baru. 

Pelbagai kebolehan boleh korang terokai seperti Survival yang fokus kepada peningkatan nyawa, memperluaskan jarak Listen Mode dan membaling. Crafting pula menguatkan serangan dekat dan mempercepatkan kelajuan kraf. Stealth boleh bunuh musuh secara senyap dengan meningkatkan kelajuan pergerakan, lebih cepat membunuh dan membuka alat penyenyap pistol.

AI rakan dan musuh pintar

Dina melindungi Ellie

Untuk beri cabaran kepada pemain, musuh menjadi lebih pintar kerana mereka berkomunikasi terhadap serangan dilakukan oleh Ellie. Sebagai contoh, jika Ellie menumbangkan seorang musuh, kawan mereka akan jerit menandakan Ellie berada di situ.

Rakan karibnya, Dina turut berkemampuan setaraf dengan Ellie dalam cara untuk mempertahankan diri daripada serangan dan tahu masa yang tepat untuk melarikan diri.

Walaupun demo ini mengambil masa dua hingga tiga jam, pengarah The Last of Us Part II berkata ini adalah “pecahan” kecil daripada game ini. Menurut Naughty Dog, ini merupakan game terpanjang dan terbesar yang mereka pernah hasilkan.

The Last of Us Part II dilancarkan pada 21 Februari 2020 khas untuk PS4.

Adakah korang teruja dengan The Last of Us Part II? Kongsikan pendapat korang bersama kami.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+