Naughty Dog Acah Peminat The Last of Us Part 2 Sempena PlayStation State of Play

Setelah lama menyepi, akhirnya kita bakal tahu lebih lanjut tentang The Last of Us Part II. Kali terakhir kita lihat game seram ini beraksi adalah semasa E3 2018.

Game terbaru daripada Naughty Dog ini sah bakal hadir dalam siaran langsung State of Play. Seiring dengan itu, pembangun game bertemakan survival horror eksklusif untuk PlayStation mengacah peminat dengan beberapa gambar interaktif yang dikongsikan di Twitter rasmi mereka sejak beberapa hari lalu.

Kicauan terbaru Naughty Dog menonjolkan gambar gelang tangan dipakai oleh Dina iaitu seorang gadis yang menari bersama Ellie sambil berkata kepadanya, “Mereka sepatutnya takut akan awak” seperti yang ditunjukkan dalam trailer gameplay di atas.

Kicauan memperkenalkan kembali petikan terkenal Ellie kini sudah dewasa semasa pengumuman trailer pertama The Last of Us Part II pada PlayStation Experience 2016 berserta gambar pisau lipat milik Ellie yang sentiasa di sisinya.

Kicauan di atas menunjukkan sebuah tukul yang ‘digunakan’ oleh wanita misteri semasa pendedahan video acah kedua yang disiarkan pada Paris Games Week dua tahun lalu dengan petikan “Jaga belakang anda”. Mungkinkah kita dapat tahu siapakah gerangan misteri ini kelak nanti?

Sony Interactive Entertainment (SIE) mengumumkan siaran langsung State of Play kembali lagi yang bakal ditayangkan pada hari esok (Rabu).

Selain The Last of Us Part II, State of Play menonjolkan berita terbaru tentang game eksklusif PlayStation dan beberapa kandungan serta kemaskini menarik dari studio gaming di bawah naungan SIE seperti Sucker Punch Productions (Ghost of Tsushima) dan banyak lagi.

Bagi mereka yang menanti tentang PlayStation 5, tiada apa-apa hebahan terbaru akan dikongsikan semasa State of Play.

PlayStation State of Play akan berlangsung pada hari Rabu, 25 September bermula pukul 4 pagi (waktu tempatan). Saksikan siaran langsung di dan 

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+