Demon’s Souls PS5 dapat sentuhan Malaysia melalui Lemon Sky Studios

Salah satu permainan pelancaran konsol baharu PlayStation 5 (PS5) ialah Demon’s Souls dan nampaknya beberapa anak seni Malaysia di Lemon Sky Studios mengukir nama mereka dalam senarai pembangun permainan popular tersebut.

Studio tersebut baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka terlibat dalam usaha membangunkan Demon’s Souls, permainan terbaru daripada Bluepoint Games. Ia merupakan remake kepada permainan bertajuk sama yang dilancarkan oleh FromSoftware pada tahun 2009 untuk PlayStation 3 (PS3).

Sebelum ini, Lemon Sky Studios juga terlibat dalam pembangunan permainan-permainan hebat lain seperti Marvel’s Avengers, The Last of Us Part II, dan Final Fantasy VII Remake. Mereka selalunya diberikan tanggungjawab untuk menghasilkan aset seni berkualiti tinggi untuk pelbagai jenis permainan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Lemon Sky Studio, anda boleh melayari laman Facebook rasmi mereka.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+