Sony Interactive Entertainment (SIE) Japan Asia kini telah menghentikan perkilangan semua model konsol PlayStation 4 (PS4) Slim kecuali satu model. Semua model PS4 Pro juga akan ditamatkan pengeluaran.
Penulis ingin menegaskan bahawa berita ini hanya berkaitan dengan stok PS4 di negara Jepun. Satu-satunya model PS4 yang akan terus dikeluarkan di Jepun oleh Sony ialah PS4 Slim dengan storan 500GB yang berwarna Jet Black.
Sama seperti di negara-negara lain, konsol PlayStation 5 (PS5) di Jepun juga menghadapi masalah kekurangan stok. Penghentian pembuatan konsol PS4 akan membolehkan Sony untuk memberi fokus terhadap pembuatan konsol terbaru mereka.
Walaupun berita ini hanya berkaitan dengan negara Jepun, penulis yakin Sony akan membuat keputusan yang sama untuk pasaran antarabangsa. Permintaan terhadap konsol PS5 akan terus meningkat pada tahun ini dan mereka akan rugi jika tidak bertindak dengan cepat.
Sumber: Gematsu
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.