Sony mengumumkan harga bagi menaiktaraf permainan versi PlayStation 4 ke konsol PlayStation 5. Para pemain perlu membayar sebanyak AS$10 (RM41) untuk membenarkan anda menikmati permainan itu di konsol PlayStation 5."> Sony mengumumkan harga bagi menaiktaraf permainan versi PlayStation 4 ke konsol PlayStation 5. Para pemain perlu membayar sebanyak AS$10 (RM41) untuk membenarkan anda menikmati permainan itu di konsol PlayStation 5." /> Sony mengumumkan harga bagi menaiktaraf permainan versi PlayStation 4 ke konsol PlayStation 5. Para pemain perlu membayar sebanyak AS$10 (RM41) untuk membenarkan anda menikmati permainan itu di konsol PlayStation 5." />

Sony mengumumkan harga naik taraf game antara konsol baru dan lama

Sony mengumumkan harga bagi menaiktaraf permainan versi PlayStation 4 ke konsol PlayStation 5. Para pemain perlu membayar sebanyak AS$10 (RM41) untuk membenarkan anda menikmati permainan itu di konsol PlayStation 5.

Keputusan ini merangkumi permainan rentas generasi eksklusif pihak pertama PlayStation seperti God of War Ragnarok, Gran Turismo 7 dan lain-lain permainan ekslusif pelbagai generasi yang diterbitkan oleh Sony Interactive Entertainment (SIE).

Harga naik taraf ini tidak akan mempengaruhi permainan pihak ketiga seperti Yakuza: Like a Dragon, F1 2021 dan lain lagi.

Namun, bagi permainan dunia terbuka Horizon Forbidden West, Sony sudah membalikkan keputusan mereka untuk mengenakan bayaran bagi menaiktaraf permainan itu ke versi PS5.

Hal ini rentetan kepada keluhan komuniti konsol Sony itu selepas Guerilla mengumumkan kehadiran Horizon Forbidden West yang menawarkan naik taraf yang percuma bagi yang menempah permainan itu di pelantar PS4.

RELATED NEWS

+