Diablo 4 akan ada season pass, bukan ‘pay-to-win’ macam Diablo Immortal

Baru-baru ini, Blizzard menerusi tulisan mengenai kemaskini suku tahun bagi Diablo IV menjelaskan yang permainan itu tidak akan mempunyai sistem transaksi mikro seperti Diablo Immortal.

Dalam tulisan itu, Blizzard menyenaraikan ciri-ciri baharu, antaranya Season Pass yang menarik perhatian. Walaupun pas ini mempunyai dua jenis iaitu berbayar dan percuma, ia hanya memberi kesan kepada penampilan karakter ataupun kosmetik dalam permainan.

Pemain boleh mendapatkan premium currency untuk membeli kosmetik di Shop. Malah, pemain yang bermain secara percuma tanpa mengeluarkan wang ringgit boleh menikmati pelbagai kandungan menerusi pas ini.

Kata Blizzard, grinding adalah cara terbaik untuk mendapatkan kosmetik Legendary yang hebat. Cara ini adalah percuma kerana pemain hanya perlu bermain dan tidak perlu berbelanja. 

Oleh itu, jika anda tidak membeli pas, kosmetik yang stail boleh didapatkan dengan cara lain kerana kosmetik eksklusif bukan di Shop.

Sebelum ini, Diablo Immortal menerima kritikan kerana menawarkan harga yang tidak masuk akal untuk menjadi yang terhebat dalam permainan. 

Sumber rujukan: Blizzard

RELATED NEWS

+