Overwatch 2 memperkenalkan tank baharu, Ramattra dan peta baharu, Shambali Monastery

Overwatch 2 semalam memperkenalkan tank baharu mereka, Ramattra dan peta baharu, Shambali Monastery.

Yang menariknya, Ramattra adalah tank pertama yang boleh menukar bentuk (sebahagian dari kuasa asasnya), sekali gus menukar abiliti dan gaya permainan anda.

Selain itu, Shambali Monastery memperkenalkan Omnics yang mencari tempat perlindungan di situ. Ia adalah tempat tinggal Zenyatta dan Ramattra.

Overwatch 2 juga mendengar keluhan peminat terutamanya bagi karakter Sojourn yang mendominasi ranking tertinggi. Kali ini, mereka sedang cuba melemahkan Rail Gun pada jarak jauh dan mengharapkan pemain Sojourn bermain dengan jarak lebih dekat untuk menjatuhkan musuh.

Doomfist juga diberikan perhatian untuk membantu rakannya dengan lebih mudah. Selain itu, perubahan untuk Ana, Bastion, Jungker Queen, Kiriko, Mercy dan Symmetra akan dibuat dalam kemaskini baru pada 6 Disember ini.

Nantikan juga tema Mitologi Greek dalam musim kedua Overwarch 2 ini di mana skin Zeus Junker Queen diperkenalkan dalam Premium Battle Pass. Banyak lagi skin boleh didapatkan dan bertarung dengan pemain lain dalam mod Battle for Olympus. Ia akan bermula pada 5 January hingga 19 Januari.

RELATED NEWS

+