Tiada lagi kemaskini baru – pengakhiran untuk Heroes Of The Storm?

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Heroes Of The Storm adalah permainan MOBA dari Blizzard yang pernah menjadi sangat popular kerana sangat mesra pemain baharu.

Kini Blizzard sudah membuat pengumuman bahawa mereka tidak lagi akan membuat kemaskini terbaharu untuk masa ini dan kemaskini akan datang hanya akan memberi fokus kepada pembetulan pepijat.

“Kami masih akan meyokong Heroes tetapi sama seperti permainan lama kami, StarCraft dan StarCraft II,” kata ciapan Blizzard itu.

Heroes dan stor dalam permainan akan berjalan seperti biasa tetapi tiada lagi kemaskini baharu yang akan ditambah untuk Heroes Of The Storm.

Setiap pemain juga akan diberikan mount Epic Arcane Lizard untuk minggu hadapan sebagai tanda terima kasih menyokong Heroes.

Semua ini bermula sejak tahun 2018 apabila Blizzard mengurangkan jumlah staf untuk Heroes Of The Storm dan pembatalan acara e-sukan.

Heroes Of The Storm banyak menarik minat ramai orang apabila menggunakan karakter-karakter dari francais terkenal Blizzard dari Diablo sehingga Overwatch.

RELATED NEWS

+