Dislyte adalah kemasukan baru dari Lilith Games yang terkenal dengan permainan mereka iaitu AFK Arena dan Rise of Kingdoms: Lost Crusade.
Anda akan berada di dalam dunia RPG mitologi urban yang penuh dengan kecantikan bandar distopia.
Di dalam Dislyte anda akan mengawal lima karakter yang digelar Espers dan setiap dari mereka ini akan mempunyai kuasa dari banyak mitologi dewa-dewi dari serata dunia.
Setakat ini dewa-dewi yang ada adalah dari mitologi Greek, China, Norse dan Mesir ditambah dengan tema cyberpunk.
Bukan itu sahaja permainan RPG ini juga berbangga dengan ciptaan lagu mereka dari EMD, tekno dan pop.