AFK Journey RPG sekuel AFK Arena di PC, iOS dan Android

Pemain pemainan video mudah alih pasti mengenali atau pernah bermain AFK Arena.

AFK Journey adalah permainan video sekuel AFK Arena dengan beberapa karakter lama dan juga beberapa fungsi baharu.

Permainan gacha ini juga memberi anda peluang untuk mengembara ke dunia terbuka dengan sistem berlawan yang baharu.

Sama seperti namanya AFK memberi pemain cara untuk mendapatkan ganjaran dengan AFK (Away From Keyboard).

AFK Journey juga banyak membantu anda dengan perlawanan automatik dan selalunya keputusan yang anda buat hanya untuk menukarkan equipment sahaja.

Karakter baharu boleh didapatkan daripada story dan juga gacha.

Terdapat juga beberapa mod permainan yang lain bukan sahaja story.

Mod-mod ini juga memberi lebih banyak kandungan dan semestinya dunia AFK Journey juga penuh dengan penceritaan.

Terdapat juga banyak karakter dalam AFK Journey dimana setiap karakter itu mempunyai class dan skill masing-masing.

Satu party akan mempunyai lima karakter untuk digunakan.

 

Anda boleh muat turun AFK Journey di pelantar PC, iOS dan Android.

RELATED NEWS

+