Disney labur RM7 bilion ke Epic Games

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Disney kini membuat pelaburan besar untuk Epic Games.

Kenyataan ini dibuat oleh Bob Iger, Ketua Pegawai Esekutif Disney.

Pelaburan ini antara pelaburan terbesar dalam industri permainan video.

Syarikat media gergasi ini akan bekerjasama dengan Epic Games untuk mencipta permainan video baharu dan juga satu dunia hiburan dimana pengguna boleh bermain, melihat, membeli dan melihat kandungan, karakter, dan penceritaan dari Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, Avatar dan lain-lain.

Dalam temubual bersama CNBC, Bob Iger mengatakan ini adalah pelaburan terbesar mereka dalam dunia permainan video.

“Mengikut demografik sekarang, ini adalah langkah penting di mana Generasi Alpha, Generasi Z, dan Millenials meluangkan masa mereka untuk kandungan media,” ujar Bob Iger, Ketua Pegawai Esekutif Disney.

“Disney antara syarikat yang memberi kepercayaan dalam potensi untuk membawa dunia mereka bersama-sama dengan dunia Fortnite kami,” ujar Tim Sweeney, Pengasas dan Ketua Pegawai Esekutif Epic Games.

Dunia apakah yang Epic Games bakal bawa untuk Disney nanti?

RELATED NEWS

+