Pemain bola sepak profesional Jerman, Mesut Ozil, bakal memasuki industri e-sukan selepas kariernya berakhir di pasukan Fenerbahce, Turki.
Dalam temubual dengan The Telegraph baru-baru ini, Dr Erkut Sogut, ejen Ozil, membincangkan potensi kerjayanya dalam e-sukan.
Sogut berkata bahawa terdapat kemungkinan untuk pemenang piala Juara Dunia 2014 itu untuk menjadi atlet e-sukan profesional.
“Dia (Mesut Ozil) akan menyertai e-sukan dan mungkin menjadi atlet e-sukan profesional.
“Dia sangat bagus dalam bermain Fortnite dan saya tidak akan terkejut jika suatu hari nanti dia akan bertanding secara profesional,” katanya.
Sogut juga menyatakan bahawa Ozil sudah memiliki organisasi sukan yang dipanggil M10 eSports.
“Dia memiliki pasukan M10 eSports dan mempunyai ‘gaming house’ di Jerman. Mereka memiliki beberapa divisi seperti FIFA dan Fortnite,” ujarnya.
Apa pendapat anda?
Foto: The Telegraph