Twitch sejak beberapa bulan ini penuh dengan masalah kandungan dewasa.
Dari munculnya Hot Tub Meta pada tahun 2021 dan membawa kepada banyak streamer yang melakukan stream dalam tab panas.
Twitch tahun lepas membenarkan ‘kebogelan artistik’ tetapi hal ini hanya bertahan selama 48 jam sahaja selepas Twitch menyedari kesilapan mereka.
Meta baru ini muncul apabila streamer Morgpie melakukan stream green screen ke atas seluar/punggungnya.
Green screen itu akan menyiarkan stream permainan yang dimainkan olehnya.
Morgpie ketika ini sedang bermain Fortnite.
I’ve officially seen it all 💀pic.twitter.com/gZ96jSa3hD
— ryan 🤿 (@scubaryan_) March 16, 2024
Disebabkan ini beberapa streamer lain juga mula meniru Morgpie dengan membuat stream green screen di badan mereka.
Seorang Vtuber bernama Nyx Nekota juga membuat green skrin ke atas dada dan bermain Overwatch.
I’ve officially seen it all pic.twitter.com/RRkDgoYm1b
— Jake Lucky (@JakeSucky) March 18, 2024
Seorang streamer bernama DrewTheDude pula membuat green skrin ke atas dahinya dan bermain Fortnite.
— DrewTheDude (@DrewTheDude28) March 18, 2024
Morgpie juga menjadi antara streamer yang menggunakan ‘kebogelan artistik’ untuk mencipta satu bar censor menutup anggota badan pada Januari lepas.
Ternyata menggunakan anggota badan untuk stream juga tidaklah menarik yang disangka kerana banyak permainan video akan kehilangan ruang untuk UI permainan video itu.