Dituduh bocorkan keputusan “scrim”, Baloyskie keluarkan kenyataan

Pemain pasukan Geek Fam ID menafikan dakwaan dia menyebarkan keputusan scrim yang dilakukan bersama pasukan Filipina baru-baru ini.

Isu ini mula terjadi apabila jurulatih pasukan Bren Esports iaitu Duckey mendakwa ada individu yang membocorkan keputusan scrim mereka. 

Ramai netizen membuat dakwaan bahawa Baloyskie adalah suspek utama di dalam pembocoran keputusan itu dan kini pemain Geek Fam ID itu mengeluarkan kenyataan.

“Tolong berhenti membawa nama saya ke dalam isu tentang keputusan scrim yang sudah bocor. Ya, selepas jurulatih Duckey mengeluarkan kenyataan itu, saya dituduh sebagai individu yang tidak bertanggungjawab itu oleh para peminat.

“Sejurus selepas itu, hanya 2 dan tiga pasukan yang masih ingin scrim bersama kami dari MPL PH.” Tulis Baloyskie di dalam hantaran itu.

“Apa yang kami capai di dalam MPLI 2022 itu adalah hasil dari usaha kami yang tidak kenal erti penat lelah.

“Jika anda ingin merendahkan pencapaian kami dengan menyatakan kami sengaja tewas (throw the game) permainan atau kami menyebarkan keputusan scrim, itu adalah masalah anda.” sambung Baloyskie.

Sumber: AFK Gaming

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+