Malaysia salah satu negara bertanding di Wild Card MSC 2024

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Berita baik buat peminat MLBB negara apabila Malaysia diumumkan salah satu negara yang akan bertanding di pusingan Wild Card Mid Season Cup (MSC) 2024.

Ini bermakna jika Malaysia menjadi juara Wild Card, akan ada dua slot untuk kita bertanding di MSC 2024 kelak. Slot pertama Malaysia di MSC akan diberikan kepada juara Liga Profesional MLBB (MPL) MY musim ke-13.

Malaysia turut mendapat slot Wild Card sejak diperkenalkan untuk kejohanan dunia, M5 sebelum ini.

Pecahan negara bertanding bagi Wild Card adalah seperti berikut:

  • Malaysia
  • China
  • Eropah, Timur Tengah & Afrika (EECA)
  • Amerika Latin (LATAM)
  • Bhutan, Brunei, Laos, Thailand & Vietnam (Mekong)
  • Mongoliaa
  • Turkiye
  • Bangladesh & Nepal (Asia Selatan)

 

Pecahan hadiah wang tunai terkumpul juga seperti rajah di atas. Sebanyak AS$3 juta dipertandingkan dan juara bakal membawa pulang wang tunai AS$1 juta (RM4.7 juta).

 

Ia akan bermula pada 28 Jun hingga 14 Julai ini di Riyadh, Arab Saudi.

MSC 2024 adalah sebahagian dari Esports World Cup (EWC) yang turut mempertandingkan e-sukan lain seperti Free Fire, Starcraft II, Honor of Kings, Dota 2, Counter Strike 2 dan banyak lagi.

RELATED NEWS

+