DLC kedua Remnant: From the Ashes akan tiba pada 20 Ogos ini

Pada penghujung bulan April tahun ini, Gunfire Games melancarkan kandungan tambahan (DLC) pertama buat permainan video mereka Remnant: From the Ashes. DLC kedua buat judul tersebut bakal tiba tidak lama lagi.

Subject 2923 merupakan tajuk DLC baharu untuk Remnant: From the Ashes. Ia akan dilancarkan di PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One pada 20 Ogos tahun ini.

DLC ini akan memperkenalkan jalan cerita baharu serta kawasan-kawasan, quests, dan senjata baharu. Survival Mode dan Adventure Mode juga akan menerima kemaskini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+