DLC Pertama Jump Force Hanya Akan Tiba Pada Bulan Mei

Jump Force baru saja dilancarkan dan Bandai Namco pun mengumumkan DLC pertama akan hadir sekitar bulan Mei ini.

Ia mungkin akan hadir dalam bentuk sembilan (9) karakter tambahan yang akan termasuk dalam Character Pass berharga USD29.99 (kira-kira RM122.61).

Walaupun bulan lima macam dah dekat tapi untuk mengharungi tiga bulan tanpa DLC mungkin menjadi kesilapan untuk Bandai Namco. Ketiadaan kandungan tambahan mungkin akan menyebabkan pemain mudah bosan dan beralih kepada permainan lain yang tengah trending. 

Tapi seharapnya, dengan penambahan DLC ini, yang seterusnya dah pun berada dalam perancangan dan kita tak perlu menunggu terlalu lama untuknya.

Jump Force boleh dimainkan di PS4, Xbox One dan PC sementara Switch port masih belum diumumkan.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+