Jump Force: Deluxe Edition Diumumkan Untuk Nintendo Switch

Pada awal tahun lepas, Bandai Namco melancarkan Jump Force di PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One. Setahun selepas pelancaran tersebut, versi Nintendo Switch pula diumumkan.

Bandai Namco telah mengeluarkan sebuah trailer pengumuman untuk Jump Force: Deluxe Edition yang akan dilancarkan untuk Nintendo Switch pada tahun ini. Malangnya, tarikh pelancaran judul tersebut masih belum didedahkan.

Jump Force: Deluxe Edition akan mengandungi lebih daripada 50 watak dari manga dan anime shounen popular seperti Dragon Ball, One Piece, dan banyak lagi. Kandungan tambahan Character Pass 1 yang mengandungi watak-watak seperti Seto Kaiba dan Trafalgar Law juga termasuk dalam versi ini.

Salah satu watak baharu yang akan hadir dalam Jump Force ialah Shoto Todoroki dari siri Boku no Hero Academia. Beliau merupakan watak pertama dari Character Pass 2. Kandungan tambahan tersebut akan mempunyai empat lagi watak baharu dari siri-siri seperti Bleach dan JoJo’s Bizarre Adventure.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+