Jika anda ingat pada The International tahun-tahun yang lepas, terdapat sebuah perlawanan antara pemain pro Dota 2 yang disanjung melawan bot OpenAI. "> Jika anda ingat pada The International tahun-tahun yang lepas, terdapat sebuah perlawanan antara pemain pro Dota 2 yang disanjung melawan bot OpenAI. " /> Jika anda ingat pada The International tahun-tahun yang lepas, terdapat sebuah perlawanan antara pemain pro Dota 2 yang disanjung melawan bot OpenAI. " />

Dokumentari AI membantai pemain pro Dota 2 bakal ditayangkan

Jika anda ingat pada The International tahun-tahun yang lepas, terdapat sebuah perlawanan antara pemain pro Dota 2 yang disanjung melawan bot OpenAI.

Perlawanan ini sungguh popular kerana buat kali pertama kita dapat lihat para pemain melawan AI yang biasanya dikaitkan sebagai mudah ditewaskan. Namun, AI itu mampu menumpaskan antara pasukan terhebat di dunia. 

Beyond the Summit (BTS) akan membuat tayangan perdana ‘Artificial Gamer,’ sebuah dokumentari yang mencatat perjalanan OpenAI berlawan dengan Dota 2 World Champions, OG. Tayangan ini akan berlangsung pada 25 September 1.00AM (GMT+8) akan didahului dengan perlawanan pertunjukan antara pasukan OG dan Beastcoast.

Pada tahun 2019, OpenAI, sebuah syarikat AI, memasang bot Dota 2 bernama ‘OpenAI Five’ yang melawan OG dalam perlawanan tayangan. Beberapa perlawanan dimainkan menentang The International 8 (TI8) Champions dan bot itu mengalahkan mereka dengan kadar yang hebat. 

Hos acara kali ini adalah Austin ‘Capitalist’ Walsh dan Kasumi ‘Sumichu’ Yogi, sementara pengulas perlawanan tayangan adalah pengulas legenda, Owen ‘ODPixel’ Davies yang disertai oleh Dominik ‘Lacoste’ Stipić. Pengarah dokumentari, Chad Herschberger, juga akan menghadiri tayangan perdana itu.

OpenAI pernah bertemu beberapa pasukan dan pemain profesional lagi selain OG seperti Danil Ishutin atau lebih dikenali sebagai pemain legenda dari Na’Vi, Dendi dalam TI7.

Di TI8 pula, OpenAI menentang paiN Gaming dan Big God, di mana bot kalah kedua-dua perlawanan.

Selepas kekalahan itu, pembangun AI itu memperbaiki sistemnya agar menjadi lebih baik dan pada tahun 2019, Open AI ditemukan melawan OG di sebuah acara di San Francisco. Usaha OpenAI terbukti berbaloi kerana bot it memenangi BO3 dengan skor 2-0 dengan perlawanan yang tidak melebihi 30 minit.

Jika anda mahu menonton serba sedikit tentang perlawanan OpenAI menentang pemain-pemain pro, anda boleh pergi ke link YouTube ini.

RELATED NEWS

+