DOTA 2: Dota Summit 10 Ditunda, Digantikan Dengan I Can’t Believe It’s Not Summit!

Dah lama kita tak saksikan tournament dalam talian yang dianjurkan organisasi e-sukan, Beyond The Summit.

Sebelum 2018 melabuhkan tirainya, pasukan Dota 2 akan sekali lagi berentap dalam secara dalam talian, kali ini untuk pertandingan I Can’t Believe It’s Not Summit! bermula malam ini hingga 16 Disember. Ia bagi menggantikan Dota Summit 10 yang ditunda pada tahun depan.

Ia akan dibarisi oleh talent cukup berbakat seperti Kyle, Dakota, Zyori dan GranDGranT.

Pertandingan ini membariskan pasukan Eropah dan CIS seperti Alliance, Team Spirit, NoPangolier, Vega Squadron, Team Empire Hope dan skuad terkini Troels “syndereN” Nielsen’s iaitu Happy Guys.

Korang boleh saksikan perlawanan pertama antara Alliance dan No Pangolier pada jam 9 malam ini di Twitch.

RELATED NEWS

+