DOTA 2: ESL One Mumbai Diumumkan, 12 Pasukan Rebut USD300,000

Nampaknya, ESL kini nak test market di India apabila ESL One Mumbai diumumkan. Kalau korang nak tahu, ini mungkin antara tournament Dota 2 yang terbesar diadakan di negara itu.

ESL Mumbai akan menghimpunkan 12 pasukan dari seluruh dunia untuk merebut hadiah wang tunai USD300,000 dalam masa 3 hari. 7 daripada pasukan ini akan dijemput terus manakala 4 lagi akan melalui pusingan regional  (Amerika Utara, Eropah, Asia Tenggara dan China). Sementara itu, 1 slot diberikan kepada pasukan India menerusi pusingan kelayakan tempatan. Setakat ini, masih belum ada apa-apa info tentang pasukan dan bila pusingan kelayakan akan bermula.

Tapi, peringkat kumpulan dikatakan akan bermula pada 16 April hingga 18 April. Bagaimanapun, mungkin ada pasukan yang akan menolak untuk bertanding kerana AMD Sapphire Dota Pit Minor akan bermula pada 22 April di Split, Croatia. Semuanya disebabkan Dota Pit memberikan mata DPC dan pemenangnya akan layak ke Major seterusnya.

Walaupun begitu, bukanlah semua skuad akan layak ke Dota Pit jadi kita akan nampak mungkin tier 2 bertanding di ESL One Mumbai nanti.

Untuk menjayakan tournament berskala besar ini, ESL berkolaborasi dengan NODWIN Gaming, organisasi esports di India. Acara ini akan turut memasukkan pertandingan cosplay dan pelbagai aktiviti sampingan seperti meet & greet. Kalau korang gigih nak ke India ataupun dalam pelan ke sana kerana bercuti, mungkin boleh singgah dah ke ESL One Mumbai ni. Korang boleh beli tiket di SINI bermula minggu depan.

RELATED NEWS

+