DOTA 2: Fly Dan S4 Sertai Evil Geniuses, OG Kekal Dengan Tiga Pemain

Selepas 5 tahun bersama (ya 5 tahun!), akhirnya OG bergolak dan pergolakan itu menyaksikan dua sahabat karib, Tal “Fly” Aizik dan Johan “Notail” Sundstein membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

Fly akhirnya meninggalkan sahabatnya itu untuk menyertai Evil Geniuses yang kebetulan kehilangan dua permata, Misery dan Fear. Tapi Fly bukan keseorangan, dia membawa sekali Gustav “S4” Magnusson bersamanya.

Roster OG:

  • Johan “N0tail” Sundstein
  • Sébastien “7ckngMad” Debs
  • Jesse “JerAx” Vainikka

Ini bermakna OG tinggal dengan tiga ahli iaitu Notail, Jerax dan bekas jurulatih yang kini pemain, 7ckngMad. Daripada kenyataan rasmi OG, kehilangan S4 dan Fly tak memberi kesan kepada DPC tapi mereka membuat keputusan untuk menarik diri daripada Dota 2 Supermajor di China. OG kemudiannya mempunyai satu saja jalan keluar, iaitu menyertai The International menerusi kelayakan terbuka Eropah (ouch!).

Evil Geniuses pula akan menyaksikan SumaiL kembali ke posisi mid, S4 ke offlane dan Fly menjadi hard support.  Tapi semestinya ada permasalahan kerana ketiga-tiga core iaitu Sumail, S4 dan Arteezy pernah menjadi mid player jadi pastinya sukar untuk mereka mencari keserasian bersama.

Roster Evil Geniuses:

  • Artour “Arteezy” Babaev
  • Syed Sumail “SumaiL” Hassan
  • Gustav “s4” Magnusson
  • Andreas Franck “Cr1t-” Nielsen
  • Tal “Fly” Aizik

OG pula berada dalam kedudukan sangat getir yang mana mereka ada waktu singkat untuk mencari pengganti Fly dan S4 sebelum menyertai kelayakan terbuka. Memandangkan sekarang ini di luar fasa transfer period, pastinya susah untuk mencari pemain yang betul-betul berpengalaman.

Sumber: VPesports

RELATED NEWS

+