Ceb dan N0tail kembali ke DOTA 2 sebagai pemain ganti OG

Juara TI dua kali Sébastien “Ceb” Debs dan Johan “N0tail” Sundstein akan bersaing di bawah organisasi OG pada Major 2022 selepas Mikhail “Misha” Agatov dan jurulatihnya gagal mendapatkan visa untuk terbang ke tempat kejohanan. Oleh sebab itu, Ceb akan kembali ke barisan sebagai pemain, manakala N0tail akan menjadi jurulatih.

Khabar angin tentang OG dijangka bermain tanpa barisan utamanya di ESL One Stockholm Major 2022 sudah tersebar di media sosial. Akhirnya, pasukan OG mengesahkan bahawa ini khabar angin ini memang benar.

“Malangnya, visa kapten Misha dan jurulatih Chuvash sudah ditolak. Oleh itu mereka tidak akan mengambil bahagian dalam Major Stockholm,” kata kenyataan OG.

Kemudian mereka membuat keputusan bahawa Ceb dan N0tail akan berganding bahu dengan senarai pemain muda buat kali pertama.

Berikut adalah senarai pemain OG yang akan bertanding di Stockholm Major:

Artem “Yuragi” Golubiev
Bozhidar “bzm” Bogdanov
Ammar “ATF” Al-Assaf
Tommy “Taiga” Le
Sébastien “Ceb” Debs
Johan “N0tail” Sundstein (Jurulatih)

Foto: gosugamers

RELATED NEWS

+