DOTA 2: Group Stage Perfect World Masters Minor Akan Bermula Esok

Tinggal sehari lagi sebelum tiba kejohanan Minor Dota 2 iaitu Perfect World Masters dan nampaknya setiap pasukan sudah bersedia untuk merebut hadiah wang tunai terkumpul USD300,000.

Mereka juga bertaruh 300 mata kelayakan untuk TI8 pada 19 November hingga 26 November ini. Pasukan-pasukan itu diagih kepada dua kumpulan yang merangkumi lima pasukan untuk pusingan kelayakan yang akan berlangsung selama dua hari.

Mengikut format, satu pasukan tercorot dari dua kumpulan itu akan disingkirkan dalam fasa pertama, tiada peluang untuk bermain di kejohanan utama. Team Secret, Newbee dan LGD Forever Young (LFY) kesemuanya mendapat jemputan terus untuk kejohanan ini.

Perfect World Masters juga antara salah satu kejohanan yang menghantar jemputan terus lebih daripada dua pasukan.  Pasukan lain ialah Team Kinguin (Eropah), compLexity Gaming (Amerika Utara), SG e-sports (Amerika Selatan), Mineseki (Asia Tenggara), dan Vega Squadron (Negara-negara Komanwel) serta dua lagi pasukan yang melepasi kelayakan, LGD Gaming dan Vici Gaming dari China.

GROUP A dan Group B. FOTO: Wykrhm Reddy

RELATED NEWS

+