DOTA 2: Major Seterusnya Akan Dianjurkan Di Disneyland Paris

The Kuala Lumpur Major dan Chongqing Major baru saja berakhir. Yang ketiga pula akan diadakan pada bulan Mac ini di Stockholm (Stockholm Major).

Butiran untuk baki kedua Majors belum lagi rasmi diumumkan tapi mengikut satu sumber, ia akan diadakan di Paris, Perancis. Ia bukannya di mana-mana di Paris tapi Dota 2 Major tersebut akan berlangsung di Disneyland Paris!

Menurut laporan Esports Insider, informasi ini pada mulanya didedahkan apabila ada pencarian pekerja untuk posisi penjualan bagi ‘Dota 2 Major Paris’. Info itu juga mendedahkan ia akan dihoskan oleh Mars Media. Slot untuk kedua baki Major ini adalah pada 2 Mei hingga 12 Mei 2019 dan 20 Jun hingga 30 Jun 2019 tapi tarikh mana akan berlangsungnya Paris Major belum lagi pasti.

Semestinya sambutan di sana akan jadi cukup meriah yang mana peminat Dota 2 dan pengunjung dari seluruh dunia yang hadir mengunjungi taman tema itu. Bagaimana acara ini akan dikecualikan untuk kanak-kanak yang berkunjung ke sana bersama ibu bapa masih lagi menjadi tanda tanya.

Sumber: VPEsports

RELATED NEWS

+