DOTA 2: Team Liquid ‘Sekepala’, Bertahan Selama Dua Tahun Tanpa Pertukaran Roster

Hari ini Team Liquid menyambut ulangtahun yang sangat bermakna — dua tahun skuad Dota 2 mereka bersama tanpa ada perubahan!

Masih ingat lagi pada 2 Januari 2017 yang mana posisi 4 support, Maroun “GH” Merhej ditambah ke line-up dan membawakan prestasi sangat baik sepanjang dua tahun. Pada tahun sama, mereka berada dalam kedudukan terbaik. Mereka menang The International 7 dan mencatatkan kemenangan yang konsisten menerusi enam LAN. 

Mereka juga agak berjaya pada 2018, memenangi tempat keempat untuk TI8 dan memenangi Supermajor dan merebut kedudukan terbaik untuk tiga lagi Dota Pro Circuit Major.

Menurut laporan VPEsports, Lasse “Matumbaman” Urpalainen berkata, mereka sangat serasi bersama.

“Kami semua ‘satu kepala’. Semua ada matlamat untuk menang bersama-sama. Itu yang kami kejar selama ini.

“Kami juga kenal antara satu sama lain dan makin akrab bersama. Kami tahu cara permainan masing-masing dan kami dalam keadaan yang baik untuk main bersama dengan penuh motivasi,”

Bermain bersama untuk dua tahun menjadi tuah bagi pasukan ini. Empat pemain Liquid, Matumbaman, Mind_Control, Miracle- dan KuroKy adalah dalam kedudukan lima pemain esports yang meraih pendapatan tertinggi. Mereka memenangi lebih USD15 juta hadiah wang tunai untuk Team Liquid.

Untuk tahun baru ini, mereka akan cuba nasib di Congqing Major dari 19 hingga 27 Januari yang mempertandingkan USD1 juta dan 15,000 mata DPC.

Sumber: VPEsports

RELATED NEWS

+