DOTA 2: Team Liquid Tunjuk Taring, Menang Megafon Winter Clash

Team Liquid dah lama menyepi sejak mendapat tempat keempat untuk The International 8 pada Ogos lepas.

Mereka bukan saja tewas kelayakan The Kuala Lumpur Major di tangan Team Lithium tapi juga menolak untuk bertanding di DreamLeague Season 10 yang sangat penting sebagai direct seed untuk kejohanan di Kuala Lumpur itu.

Kononnya menggunakan alasan kesihatan, tapi kita semua tahu jurulatih mereka, Heen tidak aktif kerana menyertai national service di negaranya, Korea Selatan. Dah tentu prestasi Team Liquid akan merosot kerana ketiadaan jurulatih. 

Tapi sekarang, mereka kembali. Tapi mereka kembali dengan satu harapan yang besar!

Di kejohanan Megafon Winter Clash semalam, Team Liquid sekali lagi menunjukkan taring mereka dengan mengalahkan wakil Negara Bebas Komanwel (CIS), Navi 3-0. Team Liquid turut membawa pulang wang tunai RM625,000 berserta trofi.

Liquid mendapat mata tambahan kerana memenangi upper bracket final dan menghabiskan kedua baki perlawanan.

Kalau korang perhatikan video di bawah, Liquid menggunakan draft yang agak pelik tapi mengikuti meta sekarang. Dazzle sebagai mid hero dan juga Meepo yang pertama kalinya digunakan Miracle-. GH sebagai Keeper of the Light juga cukup padu dengan ultimate baru, Ignis Fatus.

RELATED NEWS

+