Dota 2: The International 10 akan kembali Ogos ini, RM165 juta hadiah terkumpul

Sweden: Peminat Dota 2 bakal menyaksikan Aegis of Champions sekali lagi menjadi rebutan pasukan profesional seluruh dunia apabila Valve mengumumkan The International 10 akan kembali di lokasi sama ditetapkan sebelum ini di Stockholm, Sweden pada Ogos.

Ia akan bermula dengan  peringkat kumpulan pada 5 Ogos hingga 8 Ogos ini. Acara utama pula akan bermula pada 10 Ogos dan berlangsung sehingga 15 Ogos. Pasukan-pasukan ini akan bertarung merebut hadiah terkumpul AS$40 juta (RM165 juta).

Valve dalam satu kenyataan sama berkata, mereka akan memfokuskan kejohanan yang berkualiti dan selamat. Oleh itu, mereka akan mengumumkan bagaimana TI10 diadakan di waktu wabak COVID-19 ketika ini.

Sebelum ini, TI10 yang sepatutnya berlangsung pada tahun lepas ditunda kerana penularan wabak COVID-19.

Sumber rujukan: Valve

RELATED NEWS

+