DOTA2: Chaos.EC Dan Ninjas In Pyjamas Tersingkir Dari The International 2019

Nampaknya perjalanan salah seorang wakil negara, Cheng Jia Hao (vtFaded) di kejohanan dunia Dota 2, The International 2019, berakhir selepas pasukan diwakilinya, Chaos Esports Club tidak berjaya lolos ke playoffs kerana berada di kedudukan tercorot dalam kumpulan A ketika saringan mereka di peringkat kumpulan.

Jia Hao bersama bekas pemain Team Liquid, MATUMBAMAN, KheZu, MiLAN dan kapten, MISERY  hanya berpuas hati dengan keseluruhan 3 mata pada saringan itu berlangsung yang menyaksikan empat hari pertarungan antara 17 lagi pasukan bertanding.

Turut tersingkir pada peringkat kumpulan ialah Ninjas In Pyjamas yang diketuai oleh juara The International 2015, Peter Dager (ppd) yang juga membolot hanya 3 mata.

Sementara itu, PSG.LGD dan juara tahun lalu, OG cemerlang dalam saringan peringkat kumpulan, masing-masing mengumpulkan 13 mata dan 14 mata. Wakil Malaysia, Yeik Nai Zheng juga cemerlang prestasinya bersama Team Secret dengan 11 mata, membolot slot mudah ke upper bracket yang akan bermula esok (20 Ogos).

Lihat bracket di bawah untuk kesemua pasukan layak ke upper bracket (warna hijau) dan ke lower bracket (warna kuning).

The International 2019 mengumpulkan 18 pasukan Dota 2 seluruh dunia yang berjaya mengumpulkan mata tertinggi sepanjang musim Dota Pro Circuit (DPC) dan yang memenangi pusingan kelayakan serantau. 

Ia dipertandingkan buat pertama kali di Asia iaitu di Shanghai, China bermula 15 Ogos hingga 25 Ogos ini.

Juara akan membawa pulang USD14,596,851 iaitu kira-kira RM60 juta yang mana seorang ahli membawa pulang kira-kira RM12 juta sebagai habuan utama.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+