DOTA2: China Mengenakan Denda RM1,800 Kalau Guna Phone, Media Sosial Tak Dibenarkan

The International 2019 makin hampir dan pemain kini berlatih dengan begitu gigih untuk menghadapinya. Tak ketinggalan adalah pasukan dari China yang akan bermain di tanah air sendiri buat pertama kalinya dalam sejarah.

Mesti korang sendiri ada berminat nak tahu macam mana rutin harian mereka? ataupun peraturan ditetapkan oleh organisasi kepada pemain kan? Ini yang sempat dirakamkan oleh pengarah filem, BBKing yang berkongsi gambar peraturan bootcamp oleh PSG.LGD:

Sumber gambar: VPEsports

  1. Hari latihan: Isnin hingga Sabtu. Ahad adalah cuti.
  2. Ketika bootcamp, pemain perlu menyerahkan telefon pintar dan memadamkan kesemua mesej serta aplikasi media sosial (selamat tinggal xNova, susah la nak interview lepasni!) di komputer mereka. Setiap pemain boleh menggunakan telefon selama 30 minit pada hari latihan (dengan kebenaran jurulatih). Pemain boleh mengambil balik telefon pada Ahad. Setiap penggunaan telefon atau aplikasi chat tanpa kebenaran akan dikenakan denda sehingga 3,000 RMB (RM1,795).
  3. Ketika hari latihan, pemain perlu berada di fasiliti tepat sebelum jam 1 petang. Aktiviti tidak berkaitan dengan latihan tak dibenarkan. Sesiapa yang melanggar peraturan ini boleh dikenakan denda sehingga RM600.
  4. Merokok dilarang sama sekali dalam bilik latihan.
  5. Rumusan bagi latihan akan dibuat setiap Sabtu.

Strict betul kan? Pastinya pasukan lain juga akan menguatkuasakan peraturan lebih kurang macam ni. Bayangkan sejak dua tahun lepas, pasukan bukan dari China menjulang Aegis, kali ini mereka nak pastikan perkara ini tak boleh berulang lebih-lebih lagi bermain di tempat sendiri.

The International 2019 akan bermula pada 15 Ogos ini di Shanghai, China dengan pusingan kelayakan. 

Setakat ini, hadiah terkumpul sudah melebihi USD29 juta (RM119 juta).

Sumber: VPEsports

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+