The International 12 kembali ke bumi Amerika Syarikat

Baru-baru ini, Valve membuat satu pengumuman yang dinantikan oleh ramai peminat Dota 2 iaitu mengenai The International (TI).

Di ESL Berlin Major, Valve mengumumkan bahawa The International 12 (TI12) akan diadakan di Seattle, Amerika Syarikat pada 14 Oktober sehingga 29 Oktober ini.

TI akan kembali ke KeyArena ataupun nama baharunya iaitu Climate Pledge Arena di mana kali terakhir ia diadakan pada 2017.

Pada tahun itu, Team Liquid menjadi juara untuk TI7  selepas menewaskan Newbee dengan skor 3-0.

Selepas TI7, Valve mengadakan TI di Kanada, China, Romania dan Singapura sebelum akhirnya kembali semula ke Amerika Syarikat.

Buat peminat yang menunggu Battle Pass The International, Valve masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang Battle Pass ini.

The International adalah kejohanan dunia tahunan dianjurkan oleh Valve yang menawarkan hampir AS$19 juta (RM85 juta) wang terkumpul pada TI11.

Juara bertahan adalah pasukan Tundra Esports yang berjaya menewaskan Team Secret dengan skor 3-0.

RELATED NEWS

+