Evil Geniuses secara rasmi akan bergerak ke Amerika Selatan dan sudah pasti pengumuman ini bakal mengejutkan ramai dalam komuniti Dota 2.
Menurut desas-desus sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif EG, Nicole LaPointe jameson mengumumkan pasukan gergasi Amerika Utara itu akan berpisah dengan barisan pemain yang ke The International 2022.
As we wrap up the DPC 2022 season, our CEO @totheLaPointe has a special message for our fans regarding our roster and our future plans for Dota 2. pic.twitter.com/4VFwHkByUo
— Evil Geniuses (@EvilGeniuses) November 15, 2022
Evil Geniuses juga ada membuat ciapan selamat tinggal kepada semua barisan pemain Dota 2 mereka.
It’s never easy to say goodbye, especially with a history as long as ours. Thank you @abedyusop, @Arteezy, @BuLbaDotA_, @Cr1tdota, @talflyaizik, and @Nightfall_dota for everything you’ve accomplished, from all of us at Evil Geniuses. pic.twitter.com/glgXVItHRn
— Evil Geniuses (@EvilGeniuses) November 15, 2022
Hal ini juga adalah pertama kali menandakan EG tidak mempunyai Arteezy atau Cr1t-.
Kedua-dua pemain itu kini ejen bebas untuk mana-mana pasukan Dota 2 yang mahu mengambil mereka.
Setakat ini masih belum ada lagi apa-apa pengumuman bila mereka akan mulakan perpindahan ini dan EG bakal mengambil pemain Thunder Awaken: pakazs, Matthew dan Pandaboo.