DOTA2: Mushi Sertai Geek Fam

Selepas lama tidak mendengar berita berikutan pengundurannya daripada Tigers, nampaknya Mushi atau nama sebenarnya, Chai Yee Fung kembali ke tanah air untuk menyertai skuad Geek Fam!

Mushi menyertai barisan skuad yang dianggotai oleh Raven, Xepher, Playhard dan Skemberlu. Ini adalah roster penuh:

1. Marc Polo Luis “Raven” Fausto
2. Chai “Mushi” Yee Fung
3. Rolen Andrei Gabriel “Skemberlu” Ong
4. Kenny “Xepher” Deo
5. Prieme Ejay “PlayHard” Banquil

Sebelum ini, bersama Skemberlu dan PlayHard, Geek Fam memenangi Asia Pacific Predator League dan Liga E-Sukan Malaysia (MESL) pada tahun 2018.

Xepher pula sebelum ini juga bermain bersama Tigers yang memenangi DreamLeague Season 10 Minor. Raven adalah pemain carry dari Filipina yang dah banyak kali buktikan kemahirannya apabila layak ke The International bersama TNC sebelum ini.

Pencapaian Mushi adalah menjadi pemain veteran Malaysia yang membawa nama skuad Harimau Malaya ini ke The International 2013 dan merebut tempat ketiga selain menyertai banyak kejohanan Dota 2 di luar negara.

Geek Fam dalam kenyataannya juga berharap roster baru ini mampu memberikan prestasi yang membanggakan dalam kejohanan Dota 2 akan disertai pada masa depan.

TAGS

RELATED NEWS

+