DOTA2: xNova Satu-Satunya Pemain Malaysia Bertahan Dalam Epicenter Major 2019

Selepas kekalahan Team Secret dan Royal Never Give Up yang mempunyai dua pemain Malaysia, MidOne dan Ahfu, kali ini giliran PSG.LGD pula yang masih bertahan di lower bracket, meninggalkan Yap Jian Wei (xNova) bertarung bersama pasukannya.

Mereka mara ke lower bracket seterusnya selepas menewaskan OG 2-0 dan bakal berdepan TNC esok pada jam 5 petang.

Sesetengah skuad Dota 2 bukanlah bermaksud semua pemain dari satu negara bermain bersama dan PSG.LGD hanya mempunyai seorang pemain Malaysia manakala yang lainnya dari China tapi xNova tetap membawa motto #MalaysiaBoleh!

Dalam twit di atas, xNova menceritakan mengenai kelebihan bermain di laman sendiri (China) ketika The International 2019 yang akan berlangsung di Shanghai nanti.

Ini kerana mereka tak perlu bootcamp di luar negara dan menghadapi masalah jet lag seperti yang dihadapi skuad Dota 2 dari China dan Asia Tenggara bermain di The International edisi sebelumnya diadakan di Amerika Syarikat dan Kanada.

Epicenter Major adalah Major terakhir dalam musim Dota 2 Pro Circuit 2018-2019 dan menawarkan hadiah wang tunai terkumpul USD1 juta dan 15,000 mata DPC.

RELATED NEWS

+