PERLAWANAN PERTAMA"> PERLAWANAN PERTAMA" /> PERLAWANAN PERTAMA" />

TI 10: PSG.LGD tewaskan T1 2-1, kini berada di top 6

PERLAWANAN PERTAMA

Pada awal perlawanan kedua-dua pasukan memberikan tekanan ke atas satu sama lain. TI berjaya mendapatkan kelebihan dengan kombo Legion Commander dan Burst dari Morphling.

Tetapi T1 menghadapi masalah dari Snapfire XinQ dan Terrorblade kerana damage terlalu tinggi.

Pasukan PSG.LGD meningkatkan momentum mereka apabila Dragon Knight NothingToSay dan Magnus Faith_bian berjaya mendapatkan Blink Dagger.

T1 juga menghadapi masalah dengan Magnus apabila beberapa kali mereka tertangkap akibat Magnus dengan Reverse Polarity dan juga Skewer.

PSG.LGD juga berjaya mendapat beberapa Roshan apabila T1 banyak kali gagal untuk cuba mendapatkan Roshan beberapa kali.

Permainan akhirnya habis apabila Terroblade AME PSG.LGD tidak lagi dapat dihalang tanpa kematian dan menghancurkan bottom lane T1

PERLAWANAN KEDUA – PSG.LGD vs T1 – 1:1

T1 berjaya mendapatkan tiga hero terbaik mereka iaitu Doom, Medusa dan juga Magnus.

Mereka memerlukan Late Game untuk mendapatkan kemenangan mudah kerana T1 dikenali dengan banyak bermain permainan yang lama.

Tetapi T1 terkena First Blood betul-betul pada saat ke 30.

Doom malangnya menghadapi masalah untuk berlawan dengan Death Prophet di Mid Lane.

PSG.LGD pula dengan lineup hero yang mempunyai banyak kombo dengan Earthshaker dan juga Elder Titan.

Tetapi kombo dari hero-hero T1 menyebabkan PSG.LGD sukar untuk menguasai fasa awal dan bermain dengan berhati-hati dan mendapatkan Roshan tanpa diketahui T1.

Pada minit ke 27 satu peperangan besar berlaku dan terdapat tujuh kematian keseluruhan dan malangnya perlawanan ini tidak membawa apa-apa walaupun Magnus mendapatkan three man Reverse Polarity.

Namun tindakan Earthshaker untuk terus membuat stun kepada Doom berjaya membuat war ini berpihak kepada T1.

T1 kini berjaya menguasai permainan dan PSG.LGD memerlukan Terrorblade untuk mendapat items.

Satu lagi war besar berlaku pada minit ke-46 apabila apabila 10 buyback dilakukan oleh kesemua pemain dan akhirnya kemenangan kecil untuk PSG.LGD dan kini 20:24 kills untuk PSG.LGD dan T1.

Tetapi war di Roshan selepas itu memihak kepada T1.

T1 akhirnya berjaya membuat push untuk Top Lane dan Mid Lane dan akhirnya berjaya menangkap Terroblade dan terus menghancurkan Tower berdekatan Fountain.

PSG.LGD tidak berjaya untuk mempertahankan dan akhirnya GG dan T1 berjaya mendapatkan permainan kedua dan menyamakan kedudukan 1:1.

Perlawanan Ketiga

Kali ini kedua-kedua pasukan memilih hero yang menarik dengan T1 memilih Venomancer yang membuat kemunculan pertama. T1 dengan pasukan jarak jauh dan PSG.LGD dengan harapan kombo Ursa dan Io.

PSG.LGD berjaya menguasai early game dengan tower mid pertama walaupun first blood diperoleh oleh T1.

Mereka kekal menguasai permainan dengan Relocate dari Io sekali gus menangkap beberapa hero.

Ember Spirit NothingToSay dari PSG.LGD kini menguasai permainan dan roaming ke semua lane dengan 7 kills pada minit ke 12.

T1 kini cuba perlu memanjangkan perlawanan untuk Spectre dan Storm Spirit mereka. Malangnya kali ini perlawanan tidak memihak kepada mereka.

PSG.LGD terus menguasai seluruh perlawanan dengan 22:8 kill.

Ember Spirit terus membawa masalah kepada T1. Tidak terlupa Magnus PSG.LGD yang dikatakan hero paling overpowered untuk TI10 kali ini.

T1 salah percaturan kali ini kerana Venomancer tidak mengeluarkan satu ulti pun yang memberikan impak sepanjang perlawanan.

Akhirnya selepas meruntuhkan Top dan Mid Lane akhirnya T1 akur apabila kalah di Bottom Lane dan tidak dapat berbuat apa-apa.

Untuk T1, mereka masih belum tersingkir kerana mereka akan berlawan dengan Alliance di peringkat bracket bawah.

PSG.LGD pula akan berlawan antara VP atau VP.

T1 masih ada peluang jadi adakah SEA Dota akan membawa nama baik dengan mendapat kejayaan di Loser’s Bracket?

RELATED NEWS

+