4 atlet e-sukan yang hebat tapi masih belum menang mana-mana kejohanan besar

E-sukan sentiasa penuh dan ramai dengan pemain-pemain hebat ada yang menang dan ada yang kalah. Tetapi pemain-pemain e-sukan yang dikira hebat, menjadi sebutan ramai peminat tetapi masih tidak dapat memenangi apa-apa pertandingan besar. Seolah-olah pemain-pemain e-sukan ini disumpah untuk tersekat di tempat ke-2 sahaja.

Ini antara atlet e-sukan yang belum pernah menang kejohanan tapi mempamerkan prestasi hebat:

1.Punk (Street Fighter V)

Punk antara pemain harapan Street Fighter di Amerika Utara. Sentiasa disayangi peminat dan ramai yang tahu Punk antara pemain terbaik tetapi malangnya apabila sampai saat-saat yang diperlukan Punk mesti akan melakukan kesalahan di final atau acara-acara besar.

Dari pertandingan akhir EVO, Capcom Cup dan juga Pro Tours, Punk akan dianggap individu yang selalu berada di tempat kedua oleh orang ramai. Walaupun masih berusaha untuk memangi apa-apa pertandingan Punk masih mampu senyum dan semangat kesukanannya sentiasa membara.

2. GuardiaN (CSGO)

GuardiaN di Counter Strike Global Offensive (CSGO). Guardian terkenal sebagai pemain CSGO yang mampu membuat permainan dan bidikan tepat terutamanya ketika berlawan.

Ramai pemain-pemain profesional CSGO takut akan kebolehan Guardian.

Namun, pemain dari Slovakia ini seperti tidak mampu mencapai kemenangan terutama sekali untuk pertandingan CSGO yang besar. GuardiaN merupakan finalis untuk tiga acara terbesar CSGO Major.

Malangnya, GuardiaN hanya mendapat tempat kedua untuk ketiga-tiga pertandingan tersebut. GuardiaN kini masih aktif bermain CSGO dan masih belum putus asa.

3. Chovy (League of Legends)

Ketika berusia 17 tahun, Chovy mengejutkan arena League of Legends Championship Korea (LCK) sebagai salah seorang mid laner terbaik. Pada usia 18 tahun, Chovy menjadi pemain League of Legends pertama mendapat KDA sebanyak 100 pada tahun 2019.

Namun Chovy entah kenapa terkenal dengan ‘sebab tidak berjaya’ mendapat tempat pertama untuk enam pertandingan besar yang mana beliau hanya mendapat tempat kedua untuk dua pertandingan dan tempat ke-3 atau ke-4 untuk 4 pertandingan selebihnya.

Chovy pasti akan memenangi apa-apa pertandingan besar di masa hadapan nanti.

4. Arteezy (Dota 2)

Arteezy atau RTZ merupakan pemain e-sukan Dota 2 dan antara pemain terhebat di Amerika Utara untuk dunia Dota 2 dan menjadi sebahagian dari pasukan Evil Geniuses (EG).

Mendapat tempat ketiga di pertandingan Dota 2 Internationals pertama. Kekalahan EG membuat RTZ berpindah pula kepada Team Secret. Apa yang lebih mengejutkan apabila RTZ berpindah ke Team Secret, EG pula terus memenangi pertandingan Dota 2 Internationals tahun itu juga.

Kemudian RTZ kembali ke EG semula tetapi EG kalah di Dota 2 Internationals tahun berikutnya.

RTZ seperti biasa bertukar pasukan kembali ke Team Secret. Malangnya Team Secret tahun itu merupakan rekod terburuk mereka apabila hampir mendapat tempat terakhir di Dota 2 Internationals.

Namun, RTZ tidak juga berjaya untuk memenangi Dota 2 Internationals walaupun kini setia kembali dengan EG untuk hampir 5 tahun.

Maka setakat ini sahaja antara pemain-pemain e-sukan yang disangka terkena sumpahan untuk tidak memenangi apa-apa pertandingan besar dalam dunia e-sukan. Mungkin suatu hari nanti kita dapat melihat mereka memenangi apa yang hendak dikecapi.

RELATED NEWS

+