Dr. Dre memperlihatkan DLC baharu GTA Online

Selepas Rockstar Games umumkan DLC baharu bagi GTA Online, kali ini, Dr. Dre pula memperlihatkan hasil kolaborasinya bersama permainan itu, GTA Online The Contract DLC.

The Contract akan memperlihatkan sebagai penceritaan Franklin yang membuka sebuah agensi untuk selebriti yang kemudiannya bertindak membantu Dr. Dre bersama koleksi muzik yang belum pernah dilancarkan.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Dr. Dre (@drdre)

Melalui DLC ini, pihak Rockstar sebelum ini menyatakan, terdapat penambahan stesen radio baharu, serta beberapa runut bunyi oleh Dr. Dre yang belum pernah diperdengarkan sebelum ini serta beberapa pilihan jalan permainan lain untuk pemain.

DLC The Contract akan tiba secara rasmi pada 15 Disember ini untuk GTA Online. 

Sumber: ComicBook.

RELATED NEWS

+