Semalam, Grand Theft Auto 6 permainan video yang paling ditunggu-tunggu sejak beberapa tahun telah bocor akibat serangan penggodam.
Take-Two kini telah melancarkan operasi penuh untuk menurunkan segala benda yang telah dibocorkan.
Dikatakan terdapat satu video 90 minit Grand Theft Auto 6 yang belum siap.
Dalam video tersebut terdapat dua karakter yang boleh digunakan dan beberapa kawasan Vice City.
Rockstar Games mengesahkan tirisan ini adalah benar dan mengeluarkan kenyataan mereka.
A Message from Rockstar Games pic.twitter.com/T4Wztu8RW8
— Rockstar Games (@RockstarGames) September 19, 2022
“Kami menjangkakan tiada masalah untuk jangka masa panjang dalam pembinaan projek.
Rockstar juga memberitahu mereka sangat-sangat kecewa tentang bocor ini dan akan memberi berita GTA 6 apabila sudah bersedia.
Penggodam tersebut menggunakan nama Teapot dan dikatakan cuba untuk berunding dengan Rockstar dan Take-Two.
#gta6 full conversation with hacker and contact to prove legit pic.twitter.com/E510S2UIxl
— John Hey (@JohnHey04839690) September 18, 2022
Buat peminat Grand Theft Auto, jangan risau permainan ini pasti akan datang tidak lama lagi.