Dragon Ball FighterZ Mencatatkan Rekod Jualan Terbaru Selepas Seminggu Dilancarkan

Dragon Ball FighterZ baru saja dilancarkan tapi ternyata sambutannya sangat memuaskan terutamanya dalam komuniti fighting games dan peminat Anime.

Bandai Namco mengumumkan game itu yang terjual sebanyak 2 juta unit termasuk jualan fizikal dan digital. Ia menandakan rekod baru untuk Bandai bagi permainan video bertemakan Dragon Ball yang mendapat hak perlesenan, sama seperti sambutan diterima Dragon Ball Xenoverse 2 yang juga mendapat perhatian peminat.

Hasil jualan mungkin meningkat dengan lebih tinggi dan antara yang terbaik tahun ini memandangkan terdapat kandungan tambahan akan dikeluarkan juga sepanjang tahun.

Ia juga bukan mustahil kalau FighterZ mendapat Switch port kerana mengikut angka jualan, Xenoverse 2 adalah positif dengan 500,000 unit di konsol itu saja (Switch).

Dragon Ball FighterZ menampilkan karakter daripada Dragon Ball Universe dan menawarkan taktik pertarungan seperti fighting game yang lain.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+