Dua pemain profesional Dota 2 Malaysia diharamkan bertanding selamanya

Valve dan Perfect World baru-baru ini mengeluarkan satu kenyataan mengharamkan beberapa pemain dari Dota 2 Pro Circuit China kerana menghalang persaingan yang adil.

Perfect World dan Valve menyatakan keputusan mereka di sini.

Ini juga termasuk beberapa pemain dari EHOME dan Knights.

Dua pemain Malaysia juga berada di dalam senarai itu iaitu AlaCrity (Knights) dan FelixCiaoBa (Knights).

Mereka berdua diharamkan selama-lamanya dari apa-apa acara rasmi Valve dan Perfect World.

Kedua-dua pemain ini juga tidak asing lagi sebagai antara pemain profesional Malaysia Dota 2 yang dikenali ramai.

https://i.redd.it/cn78jt6aopma1.jpg

Seramai 46 pemain diharamkan dengan 21 pengharaman kekal, 13 lagi dua tahun pengharaman dan baki 12 pemain dengan setahun pengharaman.

Hal ini jelas menunjukkan masalah integriti dalam arena Dota 2 di China secara menyeluruh.

Ada sesetengah dari pemain-pemain ini juga baru sahaja bertanding di Lima Major.

Keputusan ini nyata mengejutkan komuniti Dota 2 serata dunia dan ramai peminat dan pemain mengatakan rasa kebimbangan untuk masa depan dunia kompetitif Dota 2 China.

Kemas kini
Terdapat beberapa lagi pemain profesional Dota 2 dari Malaysia yang diharamkan.

Anda boleh lihat senarai penuh di Liquipedia.

RELATED NEWS

+