DUSK akan dilancarkan di Nintendo Switch pada 31 Oktober

Dusk merupakan sebuah permainan video first-person shooter (FPS) bergaya retro yang dilancarkan di PC pada tahun 2018. Sebuah versi Nintendo Switch akan tiba pada hari Halloween tahun ini.

DUSK versi Nintendo Switch telah diumumkan dan ia akan dilancarkan di konsol tersebut pada 31 Oktober tahun ini. Nampaknya ia tidak memperkenalkan apa-apa kandungan baharu berbanding versi PC.

Menurut pembangunnya David Szymanski, DUSK mengambil inspirasi daripada judul-judul FPS popular pada zaman 90’an seperti DOOM, Quake, Half-Life, dan banyak lagi.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+