Steam Scream dari Valve – Jualan murah permainan video seram!

Jualan murah Steam Scream sudah pun bermula di Steam sehingga 2 November ini.

Banyak permainan video seram terkenal yang boleh dibeli dengan harga murah. 

Ini permainan video yang anda patut beli!

1. Resident Evil 4 (RM 161.04)

Enam tahun selepas malapetaka di Raccoon City.

Bersama Leon S. Kennedy yang dalam misi mencari anak perempuan presiden Amerika Syarikat yang diculik di kampung terpencil di Eropah.

2.DREDGE (RM65.25)

DREDGE adalah permainan menangkap ikan tetapi lama kelamaan anda akan terjumpa dan mengetahui rahsia misteri yang berlaku di kepulauan anda menangkap ikan.

3. Alien: Isolation (RM51.00)

Survival seram ini menguji anda dengan rasa takut yang berbeza untuk francais Alien.

4. Devil May Cry 5 (RM40.92)

Devil Hunter kegemaran ramai kini kembali dengan penuh aksi.

Dante dan Nero akan berjumpa dengan seorang manusia misteri bernama Vi.

5. STASIS: Bone Totem (RM32.83)

Anda akan mengembara di bawah air ke tempat-tempat tersembunyi dan misteri jauh dalam laut.

6. The Walking Dead: The Telltale Definitive Series (RM20.00)

Siri definitive ini mempunyai kesemua empat musim dalam penceritaan The Walking Dead The Telltale.

7. Evil West (RM62.55)

Anda akan berlawan dengan vampire sebagai koboi berkuasa elektrik yang juga dikenali sebagai Wild West Superhero.

8. DUSK (RM15.59)

DUSK membawa anda berlawan dengan beberapa pengikut ajaran sesat dalam FPS inpsirasi zaman 90-an.

RELATED NEWS

+