E-sukan dibatalkan untuk Sukan Komanwel 2026

Pihak penganjur Sukan Komanwel 2026 Australia telah menarik balik keputusan untuk menjadikan e-sukan acara yang mempunyai pingat.

Malaysia juga telah menempa nama sebagai kontinjen terbaik untuk acara e-sukan.

Lebih menghairankan, ketika Komanwel di Birmingham baru-baru ini sambutan yang sangat baik diterima dan ramai mengambil tahu akan keputusan e-sukan ketika itu.

Menurut BBC News, jawatankuasa komanwel tidak lagi memberi apa-apa sebab disebalik keputusan ini walaupun disoal oleh Commonwealth Games Federation (CGF) dan Global Esports Federation (GEF).

Maklumat dalaman mengatakan masalah penyalah gunaan dadah juga menjadi punca kerana banyak jenis permainan video akan dimainkan.

“Semuanya tampak hebat ketika Birmingham dan nampaknya e-sukan bakal membuat sejarah di Victoria,” ujar orang dalam.

CGF juga telah dalam persetujuan dengan World Anti-Doping Agency untuk mengharamkan Adderall.

Kesemua 100 pemain profesional ketika acara lepas negatif dadah.

Sebelum ini memang terdapat beberapa kes dimana pemain profesional telah mengambil dadah jenis nootropics dan Adderall yang membolehkan anda menumpukan perhatian untuk jangka masa panjang ketika pertandingan.

RELATED NEWS

+