Elon Musk upah penggodam PlayStation 3 untuk ‘baiki’ Twitter

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

George Hotz dikenali ramai kerana pernah membuat jailbreak untuk iPhone yang dikunci oleh syarikat telekomunikasi dan sudah semestinya PlayStation 3.

Elon Musk kini dalam cubaan yang sangat sukar untuk membaiki Twitter dalam masa tiga bulan.

Dia kemudiannya mengupah Hotz untuk membaiki sesuatu yang hanya boleh dibuat oleh satu pasukan jurutera.

Hotz baru-baru ini memuji Musk untuk melepaskan semua orang yang tidak bekerja bersamanya.

Dia juga membuat satu ciapan untuk membantu dalam masalah ini.

Hal ini menarik minat Elon Musk dan akhirnya mengupah Hotz dengan hanya bayaran bulanan untuk tinggal di San Francisco.

Hotz bakal membuat pelan 12 minggu untuk Twitter dan dia akan membuang pop-up log masuk yang keluar jika anda scroll Twitter untuk jangka masa panjang.

Dia juga mahu menaiktaraf fungsi pencarian supaya lebih relevan.

Rujukan: Kotaku

RELATED NEWS

+