Pemain Geoguessr membongkar lokasi kedai bakeri

Baru-baru ini, pemain GeoGuessr terkenal iaitu georainbolt membongkar lokasi sebuah kedai bakeri selepas seorang lelaki di TikTok merahsiakan kedai itu.

Geoguessr merupakan satu permainan meneka lokasi melalui sebuah imej di Google Street View. 

georainbolt ataupun Trevor Rainbolt antara pencipta kandungan GeoGuessr paling dikenali di dunia selepas beliau dapat meneka lokasi sebuah kawasan dengan melihat sebuah gambar dalam tempoh masa yang sekejap.

Di dalam video tersebut, lelaki itu memakan sebuah bagel di kedai bakeri di New York City, Amerika Syarikat.

Namun, dia tidak mahu memberitahu lokasi kedai makan tersebut kerana tidak mahu orang mengunjungi kedai kegemarannya.

Rainbolt mengambil keputusan untuk mencuba membongkarkan lokasi tersebut hanya dengan menggunakan video lelaki itu.

Di dalam videonya yang kini mempunyai hampir 12 juta penonton, dia memberitahu lokasi kedai tersebut di Bagel Market, bertempat di 168 William St, New York City.

Dia mengenalpasti kedai itu selepas melihat bungkusan yang berwarna biru itu dan menghabiskan masa sebanyak 38 jam di Google Maps untuk mencari Bagel Market.

Akhirnya pada 7 Jun, dia berjaya menjumpai kedai itu dan berkongsi berita gembira itu di Twitter milik Rainbolt.

@georainbolt

168 william st, nyc. you can order it by asking for “the rainbolt” . do not gatekeep.

♬ original sound – georainbolt

Pada 9 Jun, dia membuat satu video pendek mengenai perkara itu di mana dia bukan sahaja mengetahui lokasi kedai itu malah mengetahui di mana lokasi lelaki makan bagel tersebut.

Bagel Market turut mengeluarkan satu menu khas yang dinamakan sebagai The Rainbolt di mana pembeli boleh mendapatkan bagel yang mempunyai telur, avokado dan keju.

Akhir sekali, Rainbolt memberi amaran bahawa jangan merahsiakan sebuah kedai makan kerana dia akan mencarinya dan akan menyebabkan orang itu lebih susah untuk mendapat makanan itu selepas ini.

RELATED NEWS

+