YouTube dan Twitch."> YouTube dan Twitch." /> YouTube dan Twitch." />

Epic Games Store Spring Showcase akan diadakan pada 12 Februari 2021

Epic Games telah mengumumkan acara pembentangan Epic Games Store Spring Showcase. Ia akan diadakan pada 12 Februari ini bermula pada waktu 3 pagi. Anda boleh menonton siaran langsung pembentangan ini di YouTube dan Twitch.

Antara perkara-perkara yang akan diumumkan di pembentangan ini adalah pengumuman permainan baharu yang bakal dilancarkan di Epic Games Store dan pameran permainan untuk judul-judul tersebut.

Pada waktu yang sama, Epic Games Store akan mengadakan sebuah Showcase Sale yang memberi potongan harga untuk pelbagai permainan baharu. Antara permainan yang akan menerima potongan harga adalah:

  • Assassin’s Creed Valhalla – diskaun 20%
  • Cyberpunk 2077 – diskaun 10%
  • Hades – diskaun 20%
  • SnowRunner – diskaun sehingga 40%
  • Star Wars Jedi: Fallen Order – diskaun 50% (55% untuk pemilik Star Wars Battlefront 2)
  • Star Wars: Squadrons – diskaun 40% (50% untuk pemilik Star Wars Battlefront 2)

Jualan ini akan berlangsung dari 12 Februari hingga 26 Februari (waktu Malaysia).

Sumber: Epic Games

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+