ESL One Malaysia 2022: TSM, Nigma Galaxy dan Entity dihantar pulang

ESL One Malaysia 2022 menyaksikan 12 pasukan dari seluruh dunia bertanding bagi merebut gelaran juara serta hadiah wang terkumpul sebanyak AS400 ribu (RM1.7 juta) yang diadakan di Genting Highlands.

Pertandingan ini sudah memasuki kali ketiga diadakan di Resorts World Genting pada tahun 2017 dan juga 2018.

Ramai di antara peminat Dota 2 Malaysia memeriahkan lagi suasana di Arena of Stars ini.

TSM VS ENTITY

Foto: Adela Sznajder, ESL

Perlawanan pertama pusingan lower bracket dimulakan oleh dua pasukan iaitu Team Solo Mid menentang Entity.

Pada mulanya, perlawanan sangat sengit antara kedua-dua pasukan ini namun ia menjadi berat sebelah dan keadaan memihak kepada Entity.

Draft mereka sangat baik dan strategi Sven kombo bersama Pudge amat menyukarkan situasi pasukan Team Solo Mid.

Aksi yang cukup hebat ditunjukkan oleh pasukan Entity dengan Tobi berjaya mendapatkan savage pertamanya di ESL One Malaysia.

Pasukan Entity berjaya mendapatkan kemenangan bersih 2-0.

NIGMA GALAXY VS THUNDER AWAKEN

Foto: Adela Sznajder, ESL

Team Nigma Galaxy sukar untuk melakukan strategi mereka tanpa kehadiran pemain bintang mereka iaitu Miracle oleh kerana faktor kesihatan.

Mereka menggantikan Miracle dengan membawa masuk pemain Dreamocel sebagai pemain ganti.

Draft Sven sebagai carry oleh pasukan Thunder Awaken membuahkan hasil apabila Sven berjaya outfarm Void yang digunakan Dreamocel sebanyak 2 kali ganda dan akhirnya mereka berjaya mendapatkan kemenangan dengan skor 2-0 tanpa balas.

FNATIC VS ENTITY

Foto: Adela Sznajder, ESL

Entity sangat kuat di perlawanan pertama, mereka berjaya menewaskan Fnatic dengan kehadiran Lycan di dalam draft.

Namun begitu, Fnatic kembali bangkit di perlawanan kedua selepas memahami draft yang digunakan Entity.

Mereka mengenakan ban ke atas Lycan, Beastmaster, Visage dan Enigma dan perkara ini menyebabkan pasukan Entity gagal untuk menghadapi Fnatic.

Pasukan Fnatic meneruskan draft Alchemist mereka dan ianya sangat berhasil dengan bantuan dari Undying seterusnya melenyapkan peluang pasukan Entity untuk mara kedudukan 6 terbaik.

Fnatic akan bertemu dengan pemenang di antara perlawanan OG menentang Thunder Awaken esok.

Kesemua foto adalah milik Adela Sznajder, ESL

RELATED NEWS

+