Super Dragon Punch Force 3 – permainan berlawan baharu kini di Steam, Android dan iOS

Super Dragon Punch Force 3 adalah permainan video percuma berlawan dengan grafik 2.5D dibangunkan oleh studio Afrika Selatan Talent Digital Art (TDA).

Ia mengambil inspirasi dari permainan video Boy Kills World iaitu permainan video berlawan 2D.

Pemain akan masuk ke dunia dimana anda boleh menguasai cara berlawan yang unik dari pelbagai jenis karakter.

Pengubahsuaian untuk setiap karakter juga dijanjikan termasuk profil, skin dan legendary skins.

Pemain juga boleh melihat sistem data yang lebih tepat seperti skor tertinggi, jumlah knockout dan top ranks untuk membantu pengalaman kompetitif anda.

Permainan ini juga direka untuk memberikan pemain kuasa mengubah grafik dan anti-aliasing untuk kesesuaian peranti anda.

Permainan ini kini dalam fasa beta terbuka untuk semua pemain di peranti mudah alih atau PC.

Anda boleh muat turun Super Dragon Punch Force 3 di Steam, iOS dan Android.

RELATED NEWS

+