Eternal Envy Tubuh Pasukan Baru

Pemain profesional Dota 2, Jacky Mao atau Eternal Envy nampaknya tidak ingin mengaku kalah dalam arena kompetitif, sebaliknya merekrut ahli baru untuk menghadapi musim Dota Pro Circuit seterusnya.

Pengumuman itu dibuat menerusi satu kicauan di Twitter:

Berganding bahu bersama Aui, Sneyking, pemain Malaysia-Kanada, Moonmeander dan Bryle, EE berharap untuk mencari sinar baru dalam arena kompetitif. 

Kali terdahulu menyertai skuad Asia Tenggara, Fnatic, EE bersama rakan baiknya Pieliedie tidak berapa menyinar dalam kejohanan-kejohanan besar dan sejak itu beliau melompat ke beberapa pasukan sebelum hadir dengan roster terbaru ini.

Sebelum ini, EE dan Sneyking pernah menyertai Infamous bersama-sama.

Sekarang, mereka hanya perlukan penaja bagi memastikan sesi latihan berjalan lancar dan dapat jalani kehidupan sebagai pemain profesional.

Sumber rujukan: Twitter

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+